KUALA LANGAT- Sebarang cadangan meminda Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk meningkatkan hukuman terhadap pelaku pembunuhan, perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak berlandaskan emosi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap peruntukan dan hukuman dalam akta berkenaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pelaku dan mangsa.
“Saya tidak menolak cadangan (minta kerajaan menjalankan hukuman lebih berat kepada pembunuh di bawah Akta 611), tetapi sebarang peruntukan dan tambahan hukuman perlu dilihat dalam semua aspek.
“Apa-apa sahaja peruntukan dan hukuman bukan sahaja dikaji dan dibuat oleh Ahli Parlimen, malah pakar dalam bidang tersebut dilibatkan supaya hukuman yang ditetapkan dalam akta adalah adil kepada semua,” katanya di sini.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/17d62d09984d2c8144d6d0852c05b997.jpg)