Sebanyak 37 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.30 pagi tadi dengan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 186.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Negeri Sembilan yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Nilai (183) dan Port Dickson (174).

Di Melaka, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing dengan bacaan 184 dan Alor Gajah (178), sementara di Johor, lapan kawasan terjejas, iaitu Segamat (183), Pasir Gudang (181), Tangkak (181), Kluang (176), Larkin (173), Pengerang (171), Batu Pahat (169) serta Kota Tinggi (166).