Reman terhadap pelajar Tingkatan 4 itu dibenarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret Batu Pahat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan suspek kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, direman enam hari lagi.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan sambungan reman ke atas pelajar Tingkatan 4 itu bermula esok sehingga Khamis, selepas tempoh reman pertama bermula 4 Okt berakhir hari ini, lapor Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada 8.30 pagi dengan dikawal anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) IPD Batu Pahat.