suharmin.yusuf@hmetro.com.my
KETIKA kebanyakan orang memilih berehat selepas seharian bekerja, ada yang mengambil kesempatan di sebelah malam untuk menyarung kasut sukan dan keluar berjoging.
Bagi kaki lari, malam menjadi pilihan kerana ia memberi ruang untuk melakukan aktiviti fizikal selepas selesai urusan kerja dan komitmen harian.
Ada yang berlari sekadar mengeluarkan peluh di kawasan kediaman, manakala sebahagian lagi memilih taman rekreasi, trek larian atau kawasan yang menjadi tumpuan komuniti pelari.
Suasana malam juga memberikan pengalaman berbeza apabila pelari dapat menikmati persekitaran yang lebih tenang selain tidak perlu berdepan kesibukan aktiviti seperti mana sebelah siang.









