PETALING JAYA – Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182 setakat pukul 5 petang ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kota Tinggi, Johor berada di tempat kedua dengan bacaan 179, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor yang masing-masing mencatatkan bacaan 170.

Selain itu, di Pengerang, Johor pula merekodkan bacaan 168, manakala Seremban, Negeri Sembilan, Bukit Rambai, Melaka dan Batu Pahat, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 166.

“Kluang, Johor dan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU 161, diikuti Bandaraya Melaka dan Tangkak, Johor dengan masing-masing 158.