Kuala Lumpur: Pelakon, Toh Puan Syamim Freida berharap perbalahan antara netizen Malaysia dan Indonesia di media sosial tidak berpanjangan demi menjaga hubungan baik dua negara jiran serumpun.
Syamim, 35, yang pernah menetap sementara di Jakarta ketika mengikuti pengajian di sekolah lakonan menjelaskan, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana membabitkan hubungan silaturahim serta ikatan kekeluargaan.
"Sebenarnya saya ada nampak video-video (perbalahan) yang tular itu. Saya sendiri tak berani nak cakap lebih-lebih sangat sebab ini isu yang sangat sensitif. Sebab kita pun berjiran, dan kita sebenarnya serumpun juga.
"Saya sendiri ada ahli keluarga di sana... di sebelah suami saya. Jadi saya harap perkara ini tak berpanjangan. Nak boikot sesama sendiri pun saya tak tahu nak cakap macam mana, takut kalau salah cakap pula," katanya.








