SHAH ALAM: Peugeot Motocycles Malaysia mengumumkan harga baharu XP400 pada RM33,990 dan RM35,990 yang termasuk pakej Adventure bernilai RM2,000.

Ia merangkumi kotak simpanan belakang (top box) tulen Peugeot dan crash bar yang disertakan bersama setiap unit.

Pengurus Besar Peugeot Motocycles Malaysia, Tan Soon Wei, berkata maklum balas pelanggan turut diambil kira dalam penetapan harga baharu XP400.

"Kami mahu menawarkan pakej yang memberikan nilai tambahan kepada pelanggan, termasuk aksesori tulen Peugeot yang disertakan bersama setiap unit," katanya ketika pelancaran.