SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, memilih untuk tidak mengulas video tular memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menegurnya secara terbuka di sebuah masjid di Kuala Pilah, Jumaat lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu secara tenang dan tersenyum sebaliknya memberitahu media beliau berada dalam keadaan baik.
"Saya okay saja. Tiada apa nak komen pun," katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pasukan Sepak Takraw Negeri Sembilan Antlers di sini, petang tadi.
Satu video memaparkan Tuanku Muhriz menegur Ismail berhubung krisis perlembagaan di negeri itu, tular di media sosial, Jumaat lalu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)