Kuala Lumpur: "Rakyat Perancis mengadakan protes dan himpunan secara aman sejak dua hingga tiga minggu lalu namun situasi itu menjadi lebih serius, semalam," kata rakyat Malaysia, Dr Mohd Khairur Razikin Ramlan.

Dr Mohd Khairur Razikin, 38, kini menetap di Limoges, Perancis, kerana mengikuti latihan Subkepakaran Neurointerventional Radiology di Hospital CHU Dupuytren 1, selama setahun.

Beliau berkongsi situasi semasa susulan rusuhan besar-besaran di negara berkenaan, semalam.

"Situasi itu menjadi lebih serius susulan tindakan pihak berkuasa yang didakwa menggunakan kekerasan, seterusnya mencetuskan kemarahan orang ramai hingga membawa kepada rusuhan.