Kuala Lumpur: Sejarah negatif membabitkan sesebuah rumah termasuk kematian, pembunuhan atau kisah seram boleh menjejaskan kebolehpasaran hartanah apabila ia menimbulkan stigma dan mengurangkan bilangan pembeli yang berminat.
Pensyarah Kanan Bidang Harta Tanah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, kesannya tidak sama bagi setiap hartanah kerana bergantung kepada jenis kejadian, lokasi, keadaan fizikal serta persepsi masyarakat.
"Rumah dengan sejarah negatif dalam keadaan tertentu boleh mempunyai kumpulan bakal pembeli lebih kecil berikutan pembeli mungkin keberatan dengan sejarah hartanah terbabit.
"Kesannya tempoh pemasaran boleh menjadi lebih panjang walaupun lokasi dan keadaan rumah sebenarnya baik," katanya.









