Bera: "Saya tak tahu bila boleh kembali bersekolah dan jujurnya agak patah semangat kerana penyakit kulit ini macam bertambah teruk.
"Kalau boleh, saya nak hidup macam rakan yang lain kerana enggan ketinggalan memandangkan tahun depan perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."
Demikian luahan Muhammad Raiyan Akram Mohd Khairulazwa, 16, atau Akram ketika berkongsi perkembangannya yang masih berjuang dengan penyakit kulit kronik dikenali psoriasis.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pergerakannya terbatas hingga tidak dapat ke sekolah dan sering menjadi mangsa ejekan.










