Cik Bunga pun terkejut apabila mendapat tahu pelakon Malek McCrone rupa-rupanya sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 9 Oktober lalu di Batu Pahat, Johor. Pandai sungguh Malek menyimpan rahsia.
Tidak ada pula kedengaran sebarang khabar angin sebelum ini. Tahu-tahu sahaja pelakon itu sudah selamat melangkah ke alam perkahwinan.
Apa-apa pun, Cik Bunga tumpang gembira. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi kebahagiaan.
Namun begitu, dalam kegembiraan menerima berita perkahwinan tersebut, timbul pula satu persoalan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen dan warga industri hiburan.










