Kuala Lumpur: Dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang tular menerusi sebuah siniar (podcast) sebenarnya merujuk kejadian 10 tahun lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesan video berdurasi dua minit 30 saat menerusi akaun TikTok, jam 10.38 pagi tadi.
Beliau berkata, video berkenaan memaparkan dakwaan mengenai kes pengedaran dadah berhampiran sebuah balai polis di Sentul, sekali gus mendorong polis menjalankan semakan.
"Hasil semakan mendapati, kejadian yang dibangkitkan dalam 'podcast' berkenaan berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis berkaitan kejadian diterima ketika itu.






