Kuala Lumpur: Penyanyi dan penulis lagu legenda Britain Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Pertemuan itu dikongsikan di hantaran Facebook beliau bersama sekeping gambarnya bersama Dr Mahathir.

"Hari ini saya melawat Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang isterinya, Dr Hasmah, baru sahaja meninggal dunia, dan membaca al-Fatihah (untuk arwah).

"Mereka sudah berkahwin selama 70 tahun. Beliau (Dr Mahathir kini) berusia 101 tahun, dengan izin Allah," kongsinya.