Wuhan: Maja Chwalinska mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan pemain Britain, Sonay Kartal 2-6, 6-4, 6-2 untuk merangkul gelaran pertama peringkat Jelajah WTA dalam kariernya pada final Terbuka Wuhan, hari ini.

Pemain Poland yang juga pilihan ke-16 itu pada awalnya ketinggalan satu set dan satu servis sebelum mengubah rentak permainan untuk melakar kemenangan bersejarah di kejohanan berstatus WTA 1000 itu.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Maja menjadi pemain keempat yang memenangi gelaran pertama peringkat Jelajah WTA menerusi kejohanan WTA 1000, menyertai Naomi Osaka di Indian Wells pada 2018, Bianca Andreescu pada 2019 dan Victoria Mboko di Montreal pada 2025.

Pemain kidal berusia 25 tahun itu memulakan musim dengan menduduki ranking ke-146 dunia sebelum mencuri perhatian apabila mara ke final Terbuka Perancis pada Jun lalu sebagai pemain kelayakan.