Ipoh: Sebanyak 100 mangsa banjir daripada 29 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 90 mangsa daripada 27 keluarga pada 4 petang tadi.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor," menurut kenyataan itu.
Selain itu, sebanyak 56 mangsa daripada 21 keluarga kekal ditempatkan di PPS SK Matang susulan kejadian ribut yang menjejaskan penduduk di Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.









