LONDON: Manchester United menamatkan minggu penuh pergolakan dengan keputusan seri 1-1 menentang seteru tradisi, Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menambah tekanan terhadap pengendalinya, Michael Carrick.

Keputusan di Elland Road itu menyaksikan United terus bergelut mencari rentak terbaik selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam sembilan perlawanan semua kejohanan musim ini.

Krisis kelab itu turut semakin hangat selepas pertahanan, Lisandro Martinez mengkritik pengurusan United susulan kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

Pemain pertahanan Argentina itu mendakwa Carrick tidak dibekalkan skuad yang cukup ampuh selepas jendela perpindahan musim panas yang mengecewakan.