BARCELONA: Barcelona berdepan tamparan menjelang pertembungan penting menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara dan Real Madrid dalam aksi La Liga selepas Eric Garcia dan Jules Kounde mengalami kecederaan.

Kelab itu mengesahkan Garcia bakal diketepikan selama tiga hingga empat minggu akibat kecederaan paha, sekali gus menyaksikan pemain pertahanan tengah berkenaan terlepas kedua-dua perlawanan berkenaan.

Sementara itu, Kounde pula terseliuh buku lali dan disahkan tidak dapat menyertai pasukan untuk aksi menentang PSG, awal pagi Rabu ini.

Bagaimanapun, bek kanan Perancis itu masih berpeluang diturunkan ketika Barcelona berdepan musuh tradisi, Real Madrid, pada 25 Oktober ini, bergantung kepada perkembangan pemulihannya.