Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) memandang serius dakwaan penderaan seksual membabitkan seekor kucing susulan penularan rakaman video yang mengganggu emosi dan dipercayai dikongsi menerusi platform TikTok.

SAFM menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung perkara itu.

SAFM berkata, dakwaan itu perlu dipandang serius dan jika terbukti, perbuatan itu adalah satu bentuk penganiayaan haiwan yang serius serta wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

"SAFM menggesa pihak berkuasa menyiasat kemungkinan pemakaian Seksyen 377 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), sekiranya berkaitan.