KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap mahasiswa dalam video tular susulan persoalan serta pandangan disuarakannya ketika sesi iFuture, baru-baru ini.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata pihaknya sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, platform seperti iFuture yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi ruang penting untuk mahasiswa berdialog secara langsung dengan kepemimpinan universiti.

"Saya mengambil maklum perhatian dan pelbagai reaksi yang timbul susulan perkara itu.