KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakannya pada sesi Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, universiti itu sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan."Saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, platform seperti iFUTURE 2026 yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi ruang penting bagi mahasiswa berdialog secara langsung dengan kepimpinan universiti."Bagi saya, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk. Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari," katanya.Sidang kemuncak tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober itu menghimpunkan 1,231 pemimpin mahasiswa terdiri daripada 813 peserta Malaysia dan 418 delegasi antarabangsa dari 60 negara, bagi memperkukuh jaringan kepimpinan mahasiswa antarabangsa menerusi wacana intelektual dan libat urus strategik. - Bernama
iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa

Key takeaways
Universiti Malaya menafikan tindakan tatatertib terhadap mahasiswa yang menyuarakan pandangan semasa iFUTURE 2026.
- UM menegaskan tidak ada tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa.
- Platform iFUTURE 2026 dianggap penting untuk dialog mahasiswa dengan kepimpinan universiti.
- Naib Canselor menyokong hak mahasiswa untuk menyuarakan pandangan secara bebas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pencemaran arang batu: Kerajaan ambil tindakan tegas
- Utusan Malaysia Orang ramai jangan ambil tindakan sendiri terhadap pelarian
- Utusan Malaysia Henti ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Rohingya
- Sinar Harian iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa (this story)









