TANJUNG MALIM – Seorang warga emas berumur 77 tahun ditemukan selamat selepas hilang pagi semalam di sekitar Felda Gunung Besout 4, Sungkai di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa Othman Saad, 77, hilang selepas keluar daripada rumahnya menggunakan motosikal jenis Yamaha EZ115.

“Ketua operasi menganalisis situasi semasa dan mengaplikasikan konsep LAST seterusnya mengarahkan anggota membuat pencarian di sekitar kawasan kediaman, laluan kebun sawit dan jalan utama Felda Gunung Besout 4 Sungkai.