PETALING JAYA – Pengunjung sebuah gelanggang pickleball berdepan detik tidak disangka apabila kawasan berkenaan tiba-tiba dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda sekitar Subang Jaya, petang ini.
Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @s.h.yusof menerusi beberapa rakaman yang memaparkan kawasan gelanggang digenangi air.
Rakaman berkenaan menunjukkan air bukan sahaja memenuhi kawasan luar premis, malah turut memasuki sebahagian kawasan gelanggang sehingga menyebabkan aktiviti di situ terjejas.
Beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran premis turut dikelilingi air, manakala beberapa individu dilihat meredah air yang sudah mencecah sekita









