KUALA LUMPUR: Pelakon, Ammar Alfian, 39, mengambil keputusan untuk bersemuka dengan seorang individu yang didakwa menghina dan menjatuhkan reputasi seluruh penerbitan filem Orang Perang.

Jelasnya, individu yang menggunakan akaun Thread firdausashaj itu melampau dalam menabur penghinaan, malah melampau dalam cubaannya untuk menjatuhkan reputasi filem berkenaan.

“Kritik hasil kerja orang, kami terima. Tapi bila dah melibatkan agenda peribadi, penghinaan dan cubaan menjatuhkan reputasi, itu dah melampau.

“Jadi, saya memutuskan untuk berdepan@firdausashaj sebab cubaan untuk tutup periuk nasi Orang Perang production. Anda Berani merentan dalam media sosial sahaja,” katanya.