PENGGUBAH muzik India, Deva, yang amat popular dengan gaya lagu "gana" yang unik, meninggal dunia di sini pada Sabtu, lapor Press Trust of India (PTI).Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun di sebuah hospital swasta di sini, menurut sumber.Lagu "gana", hadiah Deva kepada masyarakat berbahasa Tamil, boleh diterangkan sebagai genre gubahan muzik yang membawa dunia bawahan ke arus perdana, memaparkan kesukaan, kebencian serta realiti kehidupan sukar golongan muda.Sepanjang kerjayanya yang merangkumi hampir empat dekad, Deva menggubah muzik untuk lebih 400 filem. Ini termasuk filem-filem pecah panggung seperti lakonan Rajinikanth iaitu "Annamalai" (1992) dan "Baasha" (1995), kedua-duanya diarahkan oleh Suresh Krissna, selain filem lakonan Kamal Haasan, "Pammal K Sambandam" (2002) dan "Panchathanthiram" yang turut ditayangkan pada tahun yang sama.Dikenali dengan suaranya yang lantang, Deva turut menyanyikan pelbagai jenis lagu secara peribadi.Selain lagu-lagu meletup beliau, beberapa skor muzik latar Deva kekal menjadi kegemaran peminat filem, termasuk lagu rancak "Baasha, Baasha" daripada filem pecah panggung diterajui Rajinikanth itu.Skor muzik beliau bagi gaya lucu pelawak veteran Goundamani dalam filem Tamil "Sooriyan" (1992) turut kekal segar dalam ingatan peminat filem.Deva terkenal dengan penampilan tersendiri, pakaian kurtha-pijama putih dan sandal putih, dengan pilihan alas kakinya dilaporkan diilhamkan oleh Rajinikanth.Anak lelaki Deva, Srikanth Deva, juga seorang pengarah muzik terkenal.Warga industri perfileman, Gabenor Rajendra Vishwanath Arlekar, Ketua Menteri C Joseph Vijay dan pelbagai pemimpin politik menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Deva. - Bernama-PTI
Penggubah muzik Tamil popular Deva meninggal dunia pada usia 75 tahun

Key takeaways
Penggubah muzik Tamil Deva meninggal dunia pada usia 75 tahun di hospital swasta.
- Deva dikenali dengan gaya lagu 'gana' yang unik dan pengaruhnya terhadap masyarakat Tamil.
- Beliau menggubah muzik untuk lebih 400 filem termasuk filem popular seperti 'Annamalai' dan 'Baasha'.
- Deva mempunyai gaya pakaian khas iaitu kurtha-pijama putih dan sandal putih.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Deva, Tamil music maestro who held Malaysia close, dies at 75
- Sinar Harian Penggubah muzik Tamil popular Deva meninggal dunia pada usia 75 tahun (this story)









