ALOR GAJAH: Senarai calon PKR untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hampir muktamad dan hanya menunggu kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden.
Naib Presidennya, Datuk Seri R Ramanan berkata Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sudah melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan kepemimpinan parti dengan baik bagi memastikan persiapan menghadapi pilihan raya berjalan lancar.
"Setakat ini sudah sampai ke penghujung proses pemilihan calon dan boleh dikatakan 95 hingga 99 peratus sudah selesai.
"Kita hanya menunggu kelulusan Presiden sebelum calon diumumkan," katanya selepas menyempurnakan perasmian program i LINDUNG u Gegar@Melaka di Dataran Keris, hari ini.










