SEREMBAN: Polis menerima lima laporan berhubung penyebaran foto wajah pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyerupai gambar lucah.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa yang berusia 14 hingga 17 tahun itu daripada ibu bapa dan penjaga pada 20 hingga 23 Ogos lalu.
"Dalam kes ini, suspek seorang pelajar tingkatan lima dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, iaitu digantung sekolah bermula pada 24 hingga 28 Ogos lalu.
"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.










