JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memutuskan untuk melanjutkan penutupan semua institusi pendidikan di seluruh negeri selama lima hari lagi bermula 19 Oktober hingga 23 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali berkata, keputusan itu diperkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menitikberatkan keselamatan serta kesihatan rakyat Johor susulan situasi jerebu yang berterusan.

Beliau berkata, ketetapan itu dicapai hasil Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jerebu Negeri Johor yang diadakan pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Keputusan ini dibuat berpandukan laporan pemantauan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kekal pada paras membimbangkan, selain mengambil kira pergerakan angin ke arah utara serta unjuran cuaca bagi tempoh tiga hingga empat hari akan datang.