MACHANG: Selepas bertahun-tahun berdepan kesukaran kerana kad pengenalan rosak dan sukar dibaca, warga emas, Minah Yacob akhirnya lega apabila menerima MyKad generasi baharu.
Wanita berusia 70 tahun dari Pangkal Payong itu menerima dokumen baharu sempena program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar di sini, hari ini.
Minah menerima kad baharu daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Minah, kad pengenalan lamanya rosak dan hampir hancur sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menyukarkan maklumat pada kad berkenaan dibaca.






