Hulu Terengganu: Polis menahan wanita berusia 23 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi tidak sempurna dalam longkang di kawasan Perumahan Padang Setengge, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek ditahan jam 3.30 petang tadi, selepas siasatan mengenai kelahiran bayi itu mendedahkan pembabitannya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati hanya sebahagian anggota badan bayi itu ditemui, dan jantinanya juga belum dapat dipastikan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Unit forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu turut membantu siasatan di lokasi kejadian.