KUALA LUMPUR - Dakwaan berlaku perhimpunan membabitkan warga Bangladesh di Bukit Bintang baru-baru ini adalah tidak benar, sebaliknya rakaman yang tular dalam media sosial itu dikesan telah disunting menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati video asal yang dimuat naik itu sebenarnya merupakan sambutan tahun baharu pada 2022 di Bukit Bintang."Video itu merupakan video lama berlatarbelakangkan Bangunan Yayasan Selangor masih lama dan usang, isu yang dilaungkan dalam video itu ialah isu Commilla di Bangladesh pada tahun 2022," katanya dalam kenyataan malam ini.Fadil juga mengesahkan tiada sebarang perhimpunan melibatkan warganegara Bangladesh mahupun mana-mana pihak direkodkan di sekitar Bukit Bintang sepanjang tempoh Januari hingga hari ini.Terdahulu, tular sebuah rakaman video dalam platform media sosial sejak beberapa hari lepas yang mendakwa sekumpulan warga Bangladesh berhimpun di ibu negara bagi menuntut wilayah Comilla diberikan kuasa pentadbiran sendiri. - Bernama
Warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang video lama, disunting guna AI

Key takeaways
Video yang menunjukkan perhimpunan warga Bangladesh di Bukit Bintang adalah palsu dan disunting menggunakan AI.
- Video itu sebenarnya merupakan sambutan tahun baharu pada 2022 di Bukit Bintang.
- Isu yang dinyatakan dalam video berkaitan Commilla di Bangladesh pada 2022.
- Tiada perhimpunan warga Bangladesh direkodkan di Bukit Bintang sejak Januari.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kematian dalam lokap Cheras: Keluarga mahu berhimpun di Bukit Aman
- Sinar Harian Warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang video lama, disunting guna AI (this story)








