Kuala Lumpur: Polis menafikan dakwaan warga Bangladesh mengadakan protes di Bukit Bintang, di sini, seperti dipaparkan sebuah video tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semakan mendapati video berkenaan menggunakan rakaman sambutan Tahun Baharu 2022 yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata, rakaman turut memaparkan keadaan Bangunan Yayasan Selangor yang lama dan usang, sekali gus membuktikan ia bukan rakaman semasa.
"Tiada sebarang perhimpunan membabitkan warga Bangladesh atau mana-mana pihak di Bukit Bintang sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.









