KUALA LUMPUR: Polis menafikan warga Bangladesh mengadakan protes di Bukit Bintang, di sini, sebagaimana dakwaan dalam sebuah rakaman video yang tular melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata hasil semakan mendapati video itu menggunakan rakaman sambutan Tahun Baharu 2022 yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Malah, beliau berkata, video itu turut memaparkan keadaan bangunan Yayasan Selangor yang lama dan usang, sekali gus membuktikan ia bukan rakaman semasa.
"Tiada sebarang perhimpunan membabitkan warga Bangladesh atau mana-mana pihak di Bukit Bintang sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.









