TANAH MERAH: Anggota polis berpangkat koperal parah ditetak dengan parang ketika operasi antidadah di Kampung Lalang Pepuyu di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata anggota itu, 37, mengalami keretakan pada tangan kiri susulan kejadian jam 1.35 tengah hari itu dan kini menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.

Kejadian berlaku ketika anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan dengan bantuan anggota dari Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Lalang Pepuyu, menyerbu sebuah rumah di kampung itu.

"Suspek lelaki tempatan berusia 30-an cuba melarikan diri sambil memegang sebilah parang.