BAGHDAD: Iraq secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada pembukaan Sesi ke-52 pertubuhan itu di Baghdad pada Sabtu, lapor Xinhua.
Mesyuarat yang bertemakan "Dialog dan Solidariti: Dua Teras Utama Bagi Mempromosikan Kedamaian dan Pembangunan Mampan", itu menghimpunkan delegasi rasmi dari negara anggota OIC serta tetamu kehormat, termasuk Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amina J Mohammed, menurut kenyataan Kementerian Luar Iraq.
Sesi berkenaan bakal membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama, terutamanya perjuangan rakyat Palestin dan perkembangan di Semenanjung Gaza, serta hal ehwal serantau dan antarabangsa yang lebih luas, kata kenyataan itu.










