Bukit Mertajam: Lapan rumah di Kubang Semang dinaiki air susulan hujan lebat, menyebabkan 24 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, anggota bomba memantau keadaan berhampiran Masjid Kubang Semang selepas menerima panggilan pada jam 9 malam.

Beliau berkata, anggota tiba pada jam 9.10 malam, dan mendapati air sudah memasuki rumah berkenaan di paras lutut.

"Tiada mangsa yang terperangkap dan tiada operasi menyelamat diperlukan," katanya dalam satu kenyataan.