KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 63,000 peminat menyaksikan persembahan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kehadiran Anwar memeriahkan konsert berlangsung dalam suasana hujan dengan beliau dilihat memakai baju hujan ketika menikmati persembahan bersama penonton lain.
Persembahan bermula 8.30 malam itu menyaksikan peminat tetap memenuhi stadium dan bertahan meskipun hujan turun sepanjang acara, sekali gus memperlihatkan sokongan mereka terhadap penyanyi tersohor berkenaan.
Siti, yang menyedari kehadiran Perdana Menteri, merakamkan penghargaan kepada Anwar kerana meluangkan masa menghadiri konsert berkenaan walaupun mempunyai jadual tugas yang padat.









