KOTA BHARU - Seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan parah selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki ketika operasi membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, pada Sabtu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam 1.35 tengah hari ketika sepasukan anggota JSJN IPK Kelantan bersama anggota Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Lalang Pepuyu menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan.Beliau berkata, suspek berusia kira-kira 30 tahun melarikan diri sebaik sahaja serbuan dilakukan sebelum dikejar anggota polis."Ketika cuba menangkapnya, suspek bertindak agresif dengan melibas parang ke arah anggota polis sehingga menyebabkan seorang anggota cedera parah dan mengalami keretakan pada tangan kiri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Yusoff berkata, suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan, manakala polis merampas sebilah parang berukuran kira-kira 35 sentimeter, pil yaba seberat kira-kira 0.1 gram serta sebotol cecair disyaki air ketum."Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.Operasi berkenaan dilaksanakan JSJN Kelantan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di empat daerah, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli, menerusi Ops Tapis Bersepadu Sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di sempadan Malaysia-Thailand. - Bernama
Anggota polis parah dilibas parang ketika operasi dadah

Key takeaways
Seorang anggota polis cedera parah selepas dilibas parang oleh suspek semasa operasi dadah di Kelantan.
- Anggota polis cedera parah akibat serangan parang semasa operasi dadah.
- Suspek berusia kira-kira 30 tahun ditahan selepas pergelutan dan memiliki rekod kesalahan dadah.
- Polis merampas parang, pil yaba dan cecair disyaki air ketum semasa serbuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki positif methamphetamine libas anggota polis guna parang
- Sinar Harian Anggota polis parah dilibas parang ketika operasi dadah (this story)







