SELANGOR FC (SFC) melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini, sekali gus melakar kemenangan kelima berturut-turut.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mengumpul 15 mata, menyamai kutipan pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT), namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.Chrigor Moraes meledak dua gol buat Selangor masing-masing pada minit ke-11 dan ke-50, sebelum Ahmad Zikri Khalili melengkapkan kemenangan tuan rumah menerusi jaringan pada penghujung perlawanan.Penang pula memperoleh gol tunggal menerusi Stefano Brundo pada minit ke-69.Sementara itu, Melaka FC meraih tiga mata di laman sendiri selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 3-2 dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong.Ketika kedudukan terikat 2-2, R Ruventhiran muncul wira Melaka menerusi jaringan pada minit ke-86 untuk memastikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah.KL City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fareed Sadat pada minit ke-12 sebelum Melaka bangkit menerusi gol Christian de Souza Andre pada minit ke-41 dan Kpah Sean Sherman pada minit ke-53.Bagaimanapun, gol sendiri Muhammad Syahir Ab Rashid pada minit ke-76 membolehkan KL City kembali menyamakan kedudukan, sebelum Ruventhiran memastikan tiga mata menjadi milik Melaka.Dalam satu lagi aksi, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sabah FC terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Sabah terlebih dahulu berada di depan menerusi Gonzalo Ignacio Di Renzo pada masa kecederaan separuh masa pertama, sebelum Jovan Motika menyamakan kedudukan buat Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67. - Bernama
Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua

Key takeaways
Selangor FC naik ke kedudukan kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 dengan kemenangan kelima berturut-turut.
- Selangor FC mengumpul 15 mata selepas kemenangan 3-1 ke atas Penang FC.
- Chrigor Moraes menjaringkan dua gol manakala Ahmad Zikri melengkapkan kemenangan.
- Melaka FC menewaskan KL City 3-2 di Stadium Hang Jebat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Selangor mahu terus mengganas lawan Star City
- Harian Metro Maresca mahu City terus mengganas di padang
- Utusan Malaysia Barcelona terus mengganas, Flick puas hati
- Sinar Harian Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua (this story)







