BARCELONA: Barcelona meneruskan rentak cemerlang dalam saingan LaLiga apabila menewaskan Getafe 3-0 di laman sendiri, semalam, sekali gus mencatat kemenangan kelapan berturut-turut untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga.

Pengendali Barcelona, Hansi Flick, menyifatkan kemenangan itu penting buat pasukannya, terutama ketika mereka berusaha mengekalkan konsistensi selepas rehat antarabangsa hampir tiga minggu.

Flick turut menekankan kepentingan memanfaatkan peluang yang hadir, terutama ketika berdepan pasukan yang gemar bertahan secara tersusun.

“Kami tahu perlawanan menentang Getafe bukan sesuatu yang mudah. Mereka sebuah pasukan yang sukar ditembusi dan kami perlu menunjukkan kesabaran serta disiplin untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.