BUKIT JALIL: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta satu lagi detik ikonik dalam karier lebih tiga dekad pada Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Disaksikan lebih 63,000 peminat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, konsert kali ini mencipta sejarah apabila lagu duet popular, Hati Kama kali pertama dipersembahkan bersama Noraniza Idris di khalayak selepas 26 tahun.
Layak dianggap konsert tradisional terbesar pernah dianjurkan di Malaysia, Siti membawa peminat menjejaki usahanya mengangkat akar budaya dalam lagu melalui bingkisan yang dipersembahkan pada konsert lebih tiga jam itu.
Pada konsert itu, Siti mengalu-alukan kehadiran Anwar yang sanggup berhujan menyaksikan persembahannya.








