PETALING JAYA – Hasrat seorang ibu mengandung yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila warga Polis Daerah Seremban memenuhi keinginannya itu.

Momen istimewa itu menjadi kenangan manis buat bakal ibu berkenaan menjelang kelahiran cahaya mata pertamanya.

Perkongsian video berkenaan turut memperlihatkan keprihatinan anggota polis dalam menyantuni masyarakat, bukan sahaja menerusi tugas menjaga keamanan, malah dengan memenuhi permintaan orang ramai.

“Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mendoakan agar bakal ibu itu dipermudahkan segala urusan dan menyambut kelahiran ba