KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah menyita ladang sirih yang dipercayai diusahakan etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil, Tanah Merah, Khamis lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata pihaknya turut menyita bangunan kediaman sedang dalam pembinaan di situ kerana disyaki tiada kebenaran permit.
Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan pihaknya mendapati tanah diusahakan untuk penanaman sirih oleh komuniti Rohingya itu disewa daripada penduduk tempatan pada kadar RM2,000 setahun.
Pada masa sama, pihaknya juga sudah merekod keterangan kedua-dua pemilik tanah dan kediaman terbabit.









