ISTANBUL: Iran pada Ahad menyatakan kemungkinan tidak menyokong resolusi mengenai Yaman yang sedang dibincangkan pada mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Baghdad, sekiranya teks resolusi itu tidak mencerminkan apa yang dianggap Tehran sebagai keadilan dan keseimbangan, lapor Anadolu Ajansi.

Bercakap di luar Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata perbincangan serius sudah diadakan mengenai Yaman, menurut Kementerian Luar Iran.

"Arab Saudi mempunyai pandangannya, manakala kami dan negara-negara lain turut menyuarakan pandangan masing-masing," kata Araghchi sambil menambah cadangan resolusi itu masih belum dimuktamad.

"Kami berharap keadilan dan keseimbangan akan diambil kira dalam resolusi serta kenyataan akhir itu. Sememangnya, jika perkara ini tidak berlaku, Republik Islam Iran tidak dapat menyertai resolusi berkenaan," katanya.