KUALA LUMPUR: Kuching City FC (KCFC) terlepas peluang untuk merampas tangga kedua Liga Super dari tangan Selangor FC (SFC) selepas terpaksa akur tewas 2-3 di tangan DPMM FC pada aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
Keputusan ini menyaksikan KCFC tumbang buat kali kedua dalam Liga Super pada musim ini selepas mengharungi lapan aksi domestik tanpa sebarang kekalahan sejak tumbang di tangan 0-3 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pembukaan Liga Super, Ogos lalu.
Pada aksi terbabit, tuan rumah mendahului seawal minit kelima apabila hantaran lintang Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik menemui Dalberto Luan Belo di dalam kotak penalti dan tandukan penyerang DPMM FC itu berjaya menewaskan Haziq Nadzli.








