BUTTERWORTH: Selepas lebih tujuh dekad, penduduk Kampung Manis di sini bakal menikmati penempatan baharu apabila kawasan didiami itu akan dibangunkan semula melalui projek Rumah Mutiaraku (RMKu) hasil kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju.
EXCO Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S Sundarajoo, berkata sebanyak 174 keluarga yang masih menetap di atas tanah terbabit akan menerima sebuah unit kediaman secara percuma sebagai rumah gantian.
Beliau berkata, kediaman ditawarkan itu bukan rumah kos rendah seperti kebiasaan, sebaliknya unit berkeluasan 850 kaki persegi dengan harga jualan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) ialah RM250,000.
"Ini memang berita cukup manis untuk penduduk Kampung Manis.







