Kuala Lumpur: Kemeriahan majlis resepsi perkahwinan Bella Astillah, 32, dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, bertukar sebak dengan ucapan istimewa daripada cahaya mata Bella iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9 dan Ara Adreanna, 6.

Pada acara berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, malam ini, Ayden dan Ara tampil segak dan cantik mengayakan busana tradisional Melayu berona merah.

Ayden dalam ucapannya menitip doa buat perkahwinan ibu bapa tersayang, termasuk terima kasih kepada Syed Saddiq kerana menyayangi mereka dua beradik dengan penuh kasih tulus.

"Saya Ayden, dari dalam hati ini mengucapkan kepada daddy, kamu hadir dalam kehidupan kami sekeluarga ketika saya masih kecil dan kadang-kadang saya juga tidak memahami apa sedang berlaku.