BAPA kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah menitipkan ucapan penuh emosi buat anak perempuan sulungnya itu selepas sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pagi Sabtu.Menerusi ucapan tersebut, Awang meluahkan perasaannya apabila tiba masanya untuk melepaskan Bella ke fasa baharu kehidupan bersama lelaki pilihan hatinya."Buat anak ayah... hari ini ayah lepaskan tangan kamu kepada lelaki yang Insya-ALLAH akan menemani kamu selamanya. Tangan yang ayah pegang sejak kamu kecil, hari ini ayah amanahkan kepadanya."Jadilah seorang isteri yang baik dan hormat kepada suami. Kalau suatu hari kamu hampir jatuh, semoga dialah yang paling dahulu menyambut kamu. Dan walau apa pun yang berlaku, ingatlah kamu tetap anak ayah," katanya.Dalam masa sama, Awang turut menitipkan doa agar rumah tangga Bella dan Syed Saddiq sentiasa dilindungi ALLAH SWT serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat."Ayah dan mama sentiasa ada menyayangi kakak selagi kami ada di dunia ini. Semoga ALLAH menjaga perkahwinan ini, menjaga hati kamu berdua dan semoga sampai rambut memutih nanti kamu masih memilih orang yang sama."Ayah sayang kamu, Bella dan Syed Saddiq," ujarnya.Bella Astillah selamat diijabkabulkan bersama pasanganya, Syed Saddiq dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi Sabtu di Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur. - Gempak