PETALING JAYA: ReiQi Healing Services membuka premis tetap di Ara Damansara di sini bagi memperluas pembelajaran dan amalan Qigong Perubatan serta Usui Reiki selepas beberapa tahun mengendalikan sesi persendirian dan bengkel di pelbagai lokasi.

Dikenali sebagai ReiQi Space@Wisma Giftlab, pusat itu dirasmikan pada 4 Oktober lalu dengan kehadiran lebih 100 tetamu yang menyertai sesi perkongsian, aktiviti pengalaman dan program jaringan komuniti.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian singa tradisional dan upacara pemotongan riben.

Pengasas ReiQi Healing Services, Master Zac Lee, berkata pembukaan premis itu menandakan perkembangan penting dalam usahanya membangunkan pusat pembelajaran dan amalan terapi tenaga alternatif yang bermula secara kecil-kecilan beberapa tahun lalu.