kamarulzaidi@mediaprima.com.my

Sepang: Kejayaan menganjurkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membuka semula ruang kepada Malaysia untuk kembali secara tetap ke kalendar Formula Satu (F1), namun langkah itu memerlukan pelan jangka panjang serta asas perniagaan yang kukuh.

Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem berkata, pelaburan dibuat di Sepang serta keadaan litar ketika ini memberikan asas yang baik untuk Malaysia mempertimbangkan kemungkinan berkenaan.

Beliau berkata banyak aspek di Sepang dilihat sudah bertambah baik selepas sembilan tahun negara ini tidak menjadi tuan rumah perlumbaan F1.

Ditanya kemungkinan Malaysia kembali secara tetap ke kalendar F1, Ben Sulayem berkata perubahan sentiasa boleh berlaku dan "apa-apa pun mungkin".